Lima penerbangan paling pendek di dunia

Tuesday, September 25, 2018

Lima penerbangan paling pendek di dunia

Lima penerbangan paling pendek di dunia

TUJUAN utama penciptaan pesawat adalah untuk memendekkan masa perjalanan dari satu tempat ke tempat lain. Sebagai contoh perjalanan menggunakan jalan udara dari Pulau Pinang ke Pulau Langkawi hanya memakan masa 35 minit.     

Berada dalam penerbangan 35 minit ini terasa seperti sekelip mata sehinggakan anda tidak sempat untuk tidur.  Namun, walaupun ia sangat pendek, tempoh masa ini juah ketinggalan berbanding penerbangan dalam senarai di bawah.

5. Connemara ke Inishmaan (Ireland) - 7 Minit

Lapangan Terbang Wilayah Connemara adalah 27 kilometer dari bandar Galway, yang mana adalah lokasi yang anda harus sampai jika anda merancang untuk melawat Pulau Inishmaan atau pulau-pulau Aran yang lain.

Apa yang menarik adalah perjalanan dari bandar Galway ke Lapangan Terbang Wilayah Connemara mengambil masa lebih lama daripada penerbangan ke Pulau Inishmaan yang tersangat indah.

Keseluruhan penerbangan yang dikendalikan oleh Pulau Aer Arann mengambil masa kurang daripada 10 minit dan biasanya diantara 6 hingga 7 minit bagi setiap perjalanan yang ke lima terpendek di dunia.

Tempoh singkat ini adalah masuk akal memandangkan penerbangan tersebut hanyalah sejauh 16 kilometer.

4. Karpathos ke Kasos (Greece) - 5 minit

Siapa pernah mendengar tentang penerbangan 5 minit? Sudah tentu orang Greece.  cara yang paling biasa untuk bergerak dari sebuah pulau ke pulau yang lain adalah menggunakan jalan air, namun terdapat beberapa pilihan jalan udara yang disediakan oleh Olympic Air.

Untuk meneroka pulau-pulau di Greece, pelancong biasanya menggunakan khidmat kapal pesiaran di sekitar Laut Aegean di mana mereka melawati pulau-pulau yang paling besar dengan populasi paling ramai.

Namun, pulau Karpathos dan Kasos tidak tersenarai dalam pulau-pulau tersebut.

Jarak dari Karpathos ke Kasos kurang daripada 20 kilometer namun ia mengambil masa kira-kira dua jam dengan menaiki feri.

Mankala dengan menaiki pesawat, ia hanya mengambil masa lima minit, penerbangan ke empat paling pendek di dunia.  Walaupun terletak jauh, kedua-dua pulau ini tidak berada di laluan utama pelancong bermakna anda tidak akan bersesak untuk mengambil gambar.

3. Caye Chapel Ke Caye Caulker (Belize) - 2 minit  

Caye Chapel dalam sebuah pulau persendirian di Belize yang mana mempunyai dua benda iaitu padang golf dan landasan udara.

Caye Chapel adalah sebuah pulau mesra plancong, lokasi di mana terletaknya terumbu karang yang sangat sempurna untuk aktiviti menyelam.

Jarak yang memisahkan kedua-dua pulau ini hanyalah sejauh empat kilometer dan teksi air disediakan yang membolehkan pelancong bergerak dari satu pulau ke pulau yang lain.

Jika anda ingin ke Caye Chapel untuk bermain golf atau menikmati percutian privasi, anda boleh menaiki teksi air. Namun, tiada teksi air yang dijadualkan untuk ke Caye Chapel dari pulau-pulau lain.

Ini kerana jaraknya hanya 10 minit menggunakan bot dari Chaulker (lokasi yang sering dikunjungi pelancong), jadi jika anda ingin berhenti di Caye Chapel, anda hanya harus memberitahu dan bot akan singgah di situ.

Dan apabila anda sampai ke pulau persendirian Caye Chapel, anda mungkin tak dapat pulang menaiki teksi air, sebaliknya anda boleh terbang dengan Maya Island Air dalam penerbangan yang hanya memakan masa dua minit.

2. Kegata ke Apowo (Indonesia) - 1 minit

Jarak pemisah di antara Kegata dan Apowo hanyalah dua kilometer namun perjalanan dengan jalan kaki atau kenderaan darat adalah amat sukar kerana bukit yang curam dan kawasan berhutan di antara kampung-kampung sekitar.

Pesawat yang melewati jurang yang memisahkan kedua-dua bandar ini sering dirujuk sebagai penerbangan komersial paling pendek di dunia kerana seminit.

Bagaimanapun, pesawat berenjin tunggal yang mampu membawa sehinga 10 penumpang ini tidak mempunyai penerbangan berjadual.

Ini tidak memenuhi syarat sebagai penerbangan komersial walaupun pelancong membayar untuk menggunakan perkhidmatannya.

Dengan hanya dua kilometer penerbangan, landasan adalah tersangat pendek berbanding panjang purata landasan.  Apa yang menarik adalah selepas berlepas anda sudah bersedia untuk mendarat semula.

1. Westray ke Papa Westray (Scotland) - 50 saat

Penerbangan paling pendek di dunia adalah dalam negara yang sangat indah iaitu Scotland. Ia adalah perjalanan dari Pulau Westray yang berpopulasi hanya 600 orang ke Papa westray dengan populasi hanya 90 orang.

Anda akan berada di atas udara kurang daripada 3 kilometer, yang mana standard panjang landasan untuk pesawat yang besar.

Dengan jarak 3 kilometer, anda dapat melihat dengan jelas di mana anda mendarat.  syarikat penerbangan Loganair menyediakan perkhidmatan untuk perjalanan ini yang mana mengambil masa kurang daripada satu minit.

Terdapat laporan yang berbeza mengenai tempoh perjalanan iaitu di antara 47 dan 53 saat.  rakyat Scotland menggelarkannya sebagai jambatan udara dan penerbangan ini telah berulang alik dari pulau ke pulau selama 50 tahun.

Sumber: iluminasi.com



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment