Seri, kemudahan R&D termaju

Saturday, September 15, 2018

Seri, kemudahan R&D termaju

Seri, kemudahan R&D termaju

PERMINTAAN terhadap produk kecantikan yang efektif dan halal semakin meningkat di negara ini. Saban hari pengguna lebih peka kepada kualiti produk kecantikan yang digunakan dari segi bahan-bahan, ujian makmal yang dijalankan, keberkesanannya dan juga dari segi keselamatan menggunakan produk tersebut.

Terdapat pelbagai jenis jenama dari luar mahupun dalam negara yang mengeluarkan produk kecantikan. Akan tetapi, golongan wanita tempatan terutamanya yang beragama Islam mementingkan produk diyakini halal.

Oleh kerana isu halal merupakan sesuatu yang penting dititik berat oleh pengguna di Malaysia, Seri memastikan produk kecantikan yang dirumus dan dibangunkan melalui pemprosesan kualiti yang ketat demi memastikan ia halal.

Ditubuhkan pada Jun 2013 dengan pelaburan awal sebanyak RM10 juta, Seri merupakan pusat kajian dan inovasi bagi pembangunan Wipro Skin Research & Innovation Centre. Dalam tempoh lima tahun, Wipro Skin Research and Innovation Centre telah mencatatkan pelaburan sebanyak RM30 juta, sekali gus menjadikannya sebagai makmal penjagaan kulit halal yang terbesar dan termaju di dunia.

Pusat Seri akan membuka tirainya kepada khalayak umum dan memberikan peluang kepada mereka untuk menjadi sebahagian daripada Seri Laboratory Tour and Skin Analysis pada September ini. Oleh kerana lawatan ini terhad kepada beberapa individu sahaja, pendaftaran awal perlu dibuat di laman sesawang https://safi.com.my/seri/.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment