Pernah dikaitkan dengan beberapa jejaka, kali ini Ruhainies mengakui sedang bercinta dengan seorang jejaka dikenali, Mr E yang juga ahli perniagaan yang kini menetap di London serta memiliki tiga cawangan butik terkenal di Malaysia.

BACA: Ruhainies Tak Mahu Dedah Kekasih, Takut Dirampas


“Cukup untuk saya katakan, kami sebaya. Dia belajar dan bekerja di London sejak tujuh tahun lalu. Dia sudah lama tunggu saya, namun ketika itu belum terbuka hati untuk bercinta dan menjalin hubungan serius”


“Kesungguhan ditunjukkan membuatkan saya terbuka hati. Cuma, saya tidak mahu terburu-buru dalam soal perkahwinan. Biarlah kami bercinta dan saling mengenali hati budi dulu. Bersama Mr E saya mengaku kami memang bercinta”

“Dia pulang ke Malaysia sejak hari jadi saya lalu. Malah, dia buat tiga kali kejutan hari jadi untuk saya. Alhamdulillah, dia sudah berjumpa kedua ibu bapa saya dan mereka merestui hubungan kami,” jelasnya.



Menjalin hubungan cinta jarak jauh, Ruhainies memberitahu dirinya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada kekasih hati dan yakin si dia tidak akan curang. Bagus dalam perhubungan mempunyai sikap mempercayai seperti Ruhainies! (rtky/w)