RM400,000 bagi naik taraf Taman Tasik Seri Gombak
GOMBAK - Kerajaan Selangor memperuntukkan RM400,000 untuk menaik taraf Taman Tasik Seri Gombak bagi membangunkan kawasan hijau dan menyediakan kemudahan untuk masyarakat melakukan aktiviti serta beriadah.
Adun Gombak Setia Hilman Idham berkata peruntukan itu telah disalurkan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan kerja-kerja membaik pulih kawasan itu dijadual bermula awal tahun depan.
âKita lihat sedikit keuzuran di taman tasik ini, terutama sistem pembetungan dan pengaliran air yang tidak begitu baik. Atas keprihatinan Menteri Besar Selangor (Amirudin Shari), kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM400,000 kepada MPS untuk melaksana kerja-kerja menaik taraf bagi fasa yang ketiga.
âIni merupakan fasa paling penting kerana melibatkan perubahan besar kepada tapak sedia ada termasuk tasik, laluan pejalan kaki dan akan ada prasarana dibangunkan untuk masyarakat beriadah serta beraktiviti,â katanya selepas program Merdeka Sihat 2018 di Taman Tasik Seri Gombak, di sini hari ini.
Program Merdeka Sihat itu disertai lebih 800 orang yang bersama-sama menyertai pelbagai aktiviti seperti larian, ujian kecergasan, sepak raga bulatan dan tarian zumba, selain bertujuan memperkukuh perpaduan dan muafakat dalam kalangan penduduk serta mempromosikan gaya hidup sihat. â" Bernama
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment