Kaut RM40 Juta, Munafik 2 Bakal Ke Hong Kong & Vietnam
Jika anda belum tahu, filem Munafik 2 adalah filem ke-40 terbitan Skop Productions Sdn Bhd dan melalui muatnaik gambar di akaun Instagram Syamsul Yusof baru-baru ini, filem berkenaan dalam masa yang sama turut mencecah kutipan sehingga RM40 juta selama 17 hari tayangan.
BACA: Syamsul Yusof Patah Bahu Kiri Lakon Lagak Ngeri Sendiri
Memetik laporan BH Online, Syamsul dalam masa yang sama turut teruja menantikan reaksi penonton daripada Indonesia. Untuk pengetahuan anda, filem tersebut bakal ditayangkan di Indonesia pada 27 September nanti.
“Setiap kali menghasilkan karya baharu, ayah selalu menasihatkan saya supaya tidak meletak sebarang sasaran. Apa yang penting katanya, adalah menghasilkan filem berkualiti”
“Saya dapat merasai keterujaan peminat di Indonesia menanti tayangan filem ini. Berdasarkan statistik trailer filem ini di YouTube, 50 peratus tontonan adalah dari negara itu”
“Selain Indonesia, kami juga merancang memasuki pasaran Hong Kong dan Vietnam. Mengenai kutipan, saya hanya berserah kepada rezeki,” jelasnya.
Munafik 2 merupakan filem ke-10 arahan Syamsul yang menelan belanja RM2.9 juta. Filem Munafik pertama (2016) berjaya pecah panggung ketika itu dengan kutipan RM17 juta. (rtky/s)
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment