Rasuah: Dua pegawai Rela mengaku tidah bersalah

Wednesday, September 26, 2018

Rasuah: Dua pegawai Rela mengaku tidah bersalah

Rasuah: Dua pegawai Rela mengaku tidah bersalah

KUCHING - Dua  pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini terhadap tuduhan membuat tuntutan elaun palsu pada 2012.

Ahmad Adeni, 32, yang ketika itu memangku jawatan Pengarah Rela Daerah Simunjan, dituduh melakukan kesalahan tersebut di Ibu Pejabat Rela Sarawak di sini pada 28 Jun 2012 dengan membuat tuntutan elaun petugas Rela palsu membabitkan nilai tuntutan sebanyak RM32,352.

Sementara itu, Mohd Zairoolzaman Zaini, 43, seorang penolong pegawai Rela Daerah Simunjan, dituduh bersubahat dengan Ahmad.

Hakim Nixon Kennedy Kumbong membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM15,000 dan seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan yang ditetapkan dari 10 hingga 14 Disember depan.

Nixon mengarahkan supaya penjamin bagi kedua-dua tertuduh mesti berasal dari Kuching dan bergaji tidak kurang daripada RM3,000 sebulan.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18, Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Sekyen 24 akta yang sama dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara untuk tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan.

Ahmad dituduh mengemukakan tuntutan elaun petugas sebanyak RM36,352 bagi seramai 142 anggota Rela sebagai petugas peti undi  pilihan raya Dun Simunjan, Sebuyau dan Balai Ringin bagi bulan April 2012, pada hal tidak ada anggota Rela yang bertugas pada masa acara berkenaan.

Mohd Zairoolzaman pula dituduh mengikut seksyen yang sama kerana bersubahat.  - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment