PRK Port DicksonBekas pegawai tentera calon Pas di Port Dickson

Thursday, September 27, 2018

PRK Port DicksonBekas pegawai tentera calon Pas di Port Dickson


Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan perkara itu dalam majlis pengisytiharan calon di Markas Pas Cawangan Bukit Tembok, Pasir Panjang, dekat sini malam tadi.

Yang turut hadir ialah Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad; Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan serta Pesuruhjaya Pas negeri, Mustaffa Daharun.

Mohd. Nazari yang berasal dari Batu Pahat, Johor berkhidmat selama 28 tahun dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pernah menjadi Pengarah Perkhidmatan TUDM serta Pegawai Pemerintah Markas Operasi TUDM, Kuala Lumpur.

Beliau yang kini merupakan pengetua Maahad Tahfiz Darul Iman, Bandar Tenggara turut mengusahakan ladang durian Musang King.

PRK Parlimen Port Dickson diadakan selepas penyandang kerusi, Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletakkan jawatan baru-baru ini bagi memberi laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Dewan Rakyat.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 13 Oktober ini sebagai hari mengundi dan penamaan calon pada Sabtu ini. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment