Perencah Sudee berjaya teroka pasaran China, Singapura

Wednesday, September 26, 2018

Perencah Sudee berjaya teroka pasaran China, Singapura

Perencah Sudee berjaya teroka pasaran China, Singapura

WORLD Prominence Sdn Bhd, yakin mampu mengunjurkan jualan sehingga dua kali ganda tahun ini menerusi jualan atas talian ke atas produk serbuk perencah jenama Sudee.

Eksekutif Jualannya, Razila Ramli berkata, tahun sebelumnya, jualan serbuk perencah Sudee dicatatkan mencecah RM15,000.

"Setelah kami beri tumpuan 100 peratus menerusi penjualan atas talian, kami yakin sasaran jualan dua kali ganda mampu dicapai, melihat penggunaan platform e-dagang yang semakin meluas dalam kalangan pembeli.

"Ditambah pula kami turut memasarkannya di platform e-dagang Mybazar, di mana ia memberi nilai tambah dari segi penjualan berbanding sebelumnya yang dipasarkan hanya menerusi ‘offline’,” katanya.

Jelasnya, Sudee adalah jenama produk serbuk perencah yang boleh digunakan dengan mudah.

"Tanpa perlu ditambah garam, ia sudah pun lengkap dari segi kandungan dan bahan. Pihak kami optimis ke atas produk serbuk perencah ini dan yakin ia mampu duduk sebaris dengan jenama besar yang lain.

 "Setakat ini, Sudee sudah berjaya menembusi pasaran Eropah dan baru-baru ini, kami telah berjaya teroka pasaran China dan Singapura,” katanya.

Tambahnya, Sudee mempunyai 38 jenis serbuk perencah dijual mengikut berat antaranya adalah Tom Yam, Asam Laksa, Masak Kicap, Lemak Cili Api, Kari Ikan , Kari Daging, Gulai Tempoyak, Sup Berempah dan Gulai Tempoyak.

"Kami sasarkan akan menambah lagi jenis serbuk perencah mengikut kepada permintaan pelanggan,” katanya.            
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment