REMAJA lelaki berusia 17 tahun yang mencuri motosikal siak di Masjid Sungai Seluang, Lunas, di Kulim, ketika mangsa mengerjakan solat sunat sebelum masuk waktu Subuh sudah ditahan polis bersama kenderaan terbabit malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, susulan laporan dibuat mangsa berusia 54 tahun itu, pihaknya bertindak mengesan suspek sebelum berjaya menahannya pada 9.45 malam di Kampung Keda, Mukim Naga Lilit.
Menurutnya, susulan penahanan suspek, dia kemudian membawa pihak polis ke kawasan perkilangan di Taman Makmur, Lunas sebelum menunjukkan lokasi motosikal Honda EX5 disembunyikan.
âKita kemudian merampas semula motosikal itu dan dia dibawa ke Balai Polis Lunas untuk tindakan selanjutnya.
âSuspek kini direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ahmad Nasir berkata, kes dianggap selesai selepas penahanan suspek dalam tempoh tidak sampai 24 jam.
NSTP semalam melaporkan niat suci seorang siak mengerjakan solat sunat sebelum masuk waktu Subuh bertukar duka apabila motosikalnya dicuri.
Dalam kejadian 4.30 pagi itu, mangsa berusia 54 tahun datang ke masjid dengan menunggang Honda EX5 sebelum menunaikan solat sunat dan membuat persiapan mengerjakan solat Subuh.
Berita berkaitan
⢠'Motosikal tok siak pun kau rembat' [METROTV]
sumber: hmetro
0 comments:
Post a Comment