Pembantu Rumah Merokok, Sharifah Sakinah Risaukan Anak
Baru-baru ini, pelakon Sharifah Sakinah kongsikan kerisauan yang dihadapi olehnya apabila mengetahui pembantu rumahnya perokok. Menerusi Instagram, Sakinah bertanyakan kepada pengikutnya apa tindakan yang perlu dilakukan olehnya.
Sakinah memberitahu, dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan sama ada patut membiarkan saja atau memberikan amaran. Sakinah turut meluahkan kerisauan sekiranya diberi amaran, pembantu rumahnya itu mungkin akan melakukan perkara tidak diingini kepada anaknya.
BACA:Â Sharifah Sakinah Hilang Sabar Dengan Fathia Latiff
âOkay, saya baru mendapat tahu pembantu rumah saya perokok. Saya tak tahu nak buat apa. Sudah terlambat untuk mencari pembantu baharu. Adakah saya patut biarkan saja atau beri amaran?â
“Saya risau jika saya tiada di rumah, anak saya, Anais yang menjadi mangsa. Buat masa ini, saya tahu dia (pembantu rumah) tidak akan merokok di depan Anais, tetapi saya masih risau,â katanya.
Perkongsian Sakinah itu mendapat perhatian netizen yang memberikan pendapat masing-masing. Ada yang meminta Sakinah mendapatkan pembantu rumah baharu walaupun kosnya agak mahal.
Tidak kurang juga ada netizen menasihatkan Sakinah bercakap secara baik dengan pembantu rumahnya itu dan meminta berhenti merokok.
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment