Pemergiannya di ambang kelahirannya ke-60: Noraniza Idris
PEMERGIAN mengejut komposer terkenal Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah pada petang Selasa sememangnya memberi kesan kepada ramai rakan artis termasuk penyanyi Noraniza Idris.
Lebih menyedihkan, kata Noraniza pemergian Pak Ngah terjadi sehari sebelum sambutan hari ulang tahunnya ke-60 iaitu 26 September (hari ini) yang secara kebetulannya berkongsi tarikh lahir yang sama dengan suaminya, Haji Jeffrii.
âSememangnya hari ini menjadi sejarah buat semua rakyat Malaysia kerana kita kehilangan sebutir permata negara yang banyak menaburkan baktinya untuk selama-lamanya. Pemergiannya di ambang tahun kelahirannya yang ke-60.
âPerjuangannya jelas. Saat #iramamalaysia masih terkapai-kapai memerlukan kehadirannya, dia pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Reda dan terus reda. Sampai masanya dia pergi dan kami telah sedia reda.
âUntuk suamiku #hajijeffriimanhajihoodi maaf kerana tidak dapat menyambut hari lahirmu hari ini seperti tahun-tahun lalu dengan penuh keceriaan. @pakngahsuhaimi telah lebih awal beri kita semua satu kejutan yang sangat hebat untuk sambutan hari lahir hari ini,â tulis sebagai kapsyen pada fotonya bersama Pak Ngah dan suaminya.
Dalam perkongsian yang sama, penyanyi lagu Dikir Puteri ini mengajak rakyat Malaysia terutamanya kenalan dan rakan-rakan artis untuk hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Pak Ngah yang akan disemadikan pada petang ini.
âAmpunkan segala setiap urusannya sepanjang hayatnya. Halalkan segala urusan kita dengannya. Semoga @pakngahsuhaimi dapat menemui Pencipta dengan setenang-tenangnya dengan iringan restu dan sedekah AlFatihah kalian. .
âSelamat jalan @pakngahsuhaimi. Kami terus iring dengan Yasin dan tahlil untukmu seawal subuh ini. Semoga @kassimsharifah dan seluruh keluarga besar @pakngahsuhaimi tabah dengan pemergiannya. Kuatkan semangat makngah @kassimsharifah. Semoga Allah terus menjaga @pakngahsuhaimi dalam kesejahteraan. Takziah dari kami sekeluarga,â tulisnya.
Difahamkan jenazah Allahyarham akan disemadikan di tanah perkuburan Islam, Jalan Ampang, bersebelahan pusara ibunya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment