Pembangkang perlu sokong kerajaan dapatkan majoriti dua per tiga Parlimen

Monday, September 24, 2018

Pembangkang perlu sokong kerajaan dapatkan majoriti dua per tiga Parlimen


Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, isu Perjanjian Malaysia 1963 merupakan perkara yang amat penting bukan sahaja kepada Sabah dan Sarawak malah negara juga.  
Kata beliau, meskipun daripada parti berbeza namun perbezaan itu tidak harus menjadi penghalang kepada kebersamaan dalam perkara melibatkan kepentingan nasional.
“Ada percakapan menyatakan kerajaan buat masa ini tidak dapat berbuat apa-apa bagi perkara yang memerlukan dua per tiga majoriti di Parlimen sehinggalah kerajaan yang memerintah mempunyai atau menguasai dua per tiga kerusi parlimen.
“Saya berpandangan alasan ini tidak wajar. Bagi perkara yang kita merasakan ada kepentingan nasional dan baik untuk rakyat dan negara, pembangkang mesti bersedia menyokong kerajaan untuk mendapatkan dua per tiga majoriti yang di perlukan.
“Kiranya, perkara itu baik bagi rakyat dan negara, maka pembangkang harus bersedia membantu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merealisasikan visinya berdasarkan kebijaksanaanya. Dahulu, pembangkang membangkang semua perkara, bangkang for the sake of membangkang, hatta perkara yang baik pun ditolak, amalan seperti ini harus di tolak,” katanya menerusi status dalam laman Facebook beliau, hari ini. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment