Pemandu lori dapat perhatian Perkeso

Wednesday, September 26, 2018

Pemandu lori dapat perhatian Perkeso

Pemandu lori dapat perhatian Perkeso

KUALA KETIL - Perkeso menyampaikan sumbangan kepada pemandu lori mengalami patah pinggang selepas kemalangan di tempat kerja pada 18 Mei lalu, hari ini.

Pengurus Perkeso Sungai Petani, Shukri Mohammad Daud berkata, Rahimi Md Piah, 44, dari Kampung Merbau Pulas layak menerima Faedah Hilang Upaya Sementara dan alat pemulihan selepas siasatan djalankan.

“Rahimi terjatuh dan terlentang kerana lantai lincin dan basah ketika memindahkan ayam dari lori ke kenderaan lain pada jam 4.45 petang,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada Rahimi di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Padang Serai, Kurupaiya Mutusami; Pegawai Eksekutif Perkeso Sungai Petani, Norhafizzah Zulkifli dan Pengurus Syarikat Ayam Al Hilal Sdn Bhd, Ridzuan Man.

Menurutnya, dalam kunjungan itu, Perkeso menyerahkan sumbangan Faedah Hilang Upaya Sementara berjumlah RM2,400.

“Pesakit yang menerima rawatan di Hospital Kulim dan diberikan cuti sakit selama 131 hari ini diberikan alat pemulihan Perkeso seperti kerusi roda reclining, lampin pakai buang, chatheter dan roho cushion,” katanya

Dalam pada itu, Shukri mengingatkan mana-mana syarikat belum berdaftar dengan Perkeso diminta berbuat demikian demi kepentingan pekerja sekiranya terlibat kemalangan.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment