Pastikan tiada campur tangan politik di universiti

Sunday, September 16, 2018

Pastikan tiada campur tangan politik di universiti

Pastikan tiada campur tangan politik di universiti

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu memastikan tiada campur tangan politik dalam hal ehwal melibatkan kampus di seluruh negara.

Ketua Dapsy Kebangsaan, Wong Kah Woh berkata, mereka menyambut baik pengumuman Kementerian Pendidikan melarang pentadbir universiti terlibat dalam pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bermula tahun ini.

Menurutnya, pembaharuan itu merupakan salah satu usaha awal untuk mengembalikan autonomi pelajar.

“Dapsy tertarik dengan pengulangan komitmen daripada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang mengatakan kerajaan akan menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

“Dapsy akan memberikan sokongan penuh kepada Kementerian Pendidikan, di dalam dan luar Parlimen dalam mencapai hasrat ini,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Ipoh Timur itu memuji tindakan kerajaan melarang pentadbir universiti terlibat dengan pilihan raya MPP di universiti mereka.

Menurutnya, pengumuman itu adalah langkah berani dan besar dalam mengembalikan autonomi pelajar yang diperjuangkan selama ini.

“Pilihan raya kampus yang dikendalikan pentadbir universiti gagal memaparkan satu sistem pilihan raya yang bersih dan adil.

“Umun mengetahui pentadbir universiti lebih memihak kepada pro-aspirasi dan bertindak tidak adil kepada semua pelajar.

“Keputusan kementerian menandakan satu permulaan yang baik dan bagaikan cahaya di sebalik kegelapan,” ujarnya.

Tambahnya, keputusan ini juga menunjukkan Maszlee mengiktiraf kebebasan bersuara dan berhimpun untuk mahasiswa yang telah ditindas sebelum ini.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment