Hari Malaysia meriah di Bangsar
KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Malaysia bukan sahaja disambut meriah di Kota Kinabalu, Sabah, tetapi juga di Jalan Bangkung, Bangsar di ibu negara.
Lebih 1,000 masyarakat berbilang kaum dan etnik mengunjungi acara Sambutan Malaysiaku Street Party.
Kira-kira 68 gerai yang menjual makanan tradisional dan tradisi, kraftangan dan sebagainya menjadi antara tarikan pengunjung.
Menurut penganjurnya, Edward Soo, acara itu diharap akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat berbilang kaum.
Pada masa sama, ia akan dapat melahirkan semangat cintakan negara kalangan anak Malaysia.
"Inilah sambutan Malaysiaku yang menyaksikan semua bersama menyambutnya. Ia merupakan sambutan kali ke-9. Saya rasa penting sambutan seperti ini di Malaysia dalam menyemarakkan semangat cintakan negara. Inilah Malaysia Baharu," katanya semasa ditemui di acara itu.
Selain itu, dua dialog bertajuk "Key Economic and Political Reforms for Malaysia Baharu" dan "Malaysia 2.0: Pressing the reset button" juga diadakan sebagai medium wacana terbuka untuk pengunjung.
Pada sebelah malam, acara lebih santai diteruskan dengan tarian dan nyanyian pelbagai etnik Sabah dan Sarawak.
sumber: astroawani

Acara bermula jam 2 petang dan berakhir jam 10 malam ini.

0 comments:
Post a Comment