Lokman akan saman Ketua Polis Dang Wangi

Monday, September 17, 2018

Lokman akan saman Ketua Polis Dang Wangi

Lokman akan saman Ketua Polis Dang Wangi

KUALA LUMPUR - Pemantau Kerajaan Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam akan memfailkan saman terhadap Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dalam masa terdekat.

Ia susulan kekecohan yang berlaku dalam perhimpunan aman Pengebumian Institusi Peguam Negara di sini, baru-baru ini yang turut dikaitkan dengan pegawai polis berkenaan.

Menurutnya, beliau sudah membuat laporan polis dan membawa perkara tersebut kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

“Saya tak rasa polis akan tunduk dengan desakan (menukarkan pegawai polis tersebu) para pendemonstrat. Apa yang kita dah buat? Kita dah buat laporan polis.

“Kita dah buat laporan kepada Suhakam, kita akan pergi kepada Jawatankuasa Tatatertib dan kemudian kita akan saman.

“Saya secara peribadi sudah upah peguam dan kita akan mula failkan saman dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Himpunan Bantah SST (cukai jualan dan perkhidmatan), di sini, tengahari tadi.

AKAN MENYUSUL



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment