Komposer terkenal tanah air iaitu Pak Ngah yang sering memperjuangkan lagu-lagu irama Malaysia disahkan meninggal di Batam, Indonesia pada pukul 3.05 petang tadi.

BACA: Siti Nurhaliza Sudah Cipta Lagu Untuk Anak


Berita sedih mengenai pemergian Pak Ngah atau nama sebenarnya, Datuk Suhaimi Mohd. Zain itu disahkan oleh penyanyi irama Malaysia, Noraniza Idris menerusi anak komposer itu, Megat.


Menurut laporan Astro Awani, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang esok ke Malaysia. Sekali lagi industri hiburan kehilangan insan yang berbakat besar lebih-lebih lagi dalam membawakan lagu-lagu irama Malaysia.



Sementara itu menerusi Utusan Malaysia, anak Allahyarham Pak Ngah yang hanya dikenali dengan nama Rina pula enggan memberi sebarang ulasan dan meminta kerjasama semua pihak agar memberi ruang kepada pihak keluarganya terlebih dahulu.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Pak Ngah dan didoakan semoga mereka sentiasa tabah menghadapi kehilangan ini. (rtky/f)