Jawatan Ketua Pembangkang perlu diinstitusikan

Tuesday, September 25, 2018

Jawatan Ketua Pembangkang perlu diinstitusikan

Jawatan Ketua Pembangkang perlu diinstitusikan

SEREMBAN - Anthony Loke Siew Fook (DAP-Chennah) mencadangkan supaya jawatan Ketua Pembangkang di negeri ini  diinstitusikan, sekaligus membuktikan PH mengiktiraf peranan dan tanggungjawab pembangkang.

Menurutnya, status dan jawatan Ketua Pembangkang juga sepatutnya bertaraf seperti Exco iaitu berhak menerima segala kemudahan yang ada.

"Apa yang Exco dapat seperti kereta rasmi dan pegawai perlu juga diberi kepada Ketua Pembangkang seperti mana yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Selangor.

"Selain itu, Ketua Pembangkang juga perlu dilantik sebagai jawatankuasa kira-kira negeri supaya komposisi itu dilihat lebih adil. Lagipun di Negeri Sembilan kita 16 Adun pembangkang," katanya ketika berucap menyokong usul menjunjung Kasih Titah Ucapan DiRaja pada Persidangan Kedua (Perasmian) Penggal Pertama Dun Yang Ke-14 hari ini.

Beliau berkata, keanggotaan jawatankuasa itu juga tidak sepatutnya dilantik dalam kalangan ahli Exco kerana mereka sudah mempunyai banyak tanggungjawab.

Selain itu beliau turut menyatakan penghargaan kepada Datuk Seri Mohamad Hasan(BN-Rantau) yang telah memainkan peranan penting dalam proses peralihan kuasa sekaligus memastikan semua berjalan lancar.

Malah Loke Siew Fook berkata, tindakan bekas Menteri Besar itu yang telah bersedia keluar dari kediaman rasmi Menteri Besar setelah mengetahui kemenangan PH pada PRU14, perlu dijadikan contoh.

"Sekarang PH dah mengambil alih kerajaan sudah empat bulan dan kini masa untuk kita melaksanakan apa yang diucap dan diperjuangkan selama ini.

"Sebagai kerajaan baharu, kita jangan ulangi apa yang kita kritik pada kerajaan dulu dan jangan buat sesuatu yang kita tak suka mereka buat pada kita dulu," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment