Kirim salam pada Anwar
KAMPUNG GAJAH - Umno tidak memerlukan pemimpin PKR seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersama parti itu.
Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, Umno tidak pernah bergantung dengan mana-mana individu untuk terus kekal.
Menurutnya, kesetiaan ahli dan orang Melayu kepada Umno menjadikan parti itu terus kuat dan bertahan.
"Hari ini Anwar mengeluarkan kenyataan bahawa tidak akan bekerjasama dengan Umno.
"Kirim salam pada Anwar Ibrahim. Umno tidak pernah memerlukan Anwar Ibrahim," katanya ketika berucap pada Himpunan Melayu Bangkit, di sini, Pekan Kampung Gajah, di sini, hari ini.
Beliau berkata, selepas Umno diberikan ujian kekalahan pada PRU14, ramai pemimpin yang goyah dan meninggalkan parti.
Katanya, Umno turut mengalu-alukan mana-mana pemimpin untuk bertukar parti kerana parti itu bukan lagi kerajaan.
Anwar dalam satu temubual bersama sebuah akhbar tempatan sebelum ini menafikan khabar angin bahawa beliau akan bekerjasama dengan Umno.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment