'Tiga kali PKR hina sistem demokrasi'
KUALA TERENGGANU - PKR telah menghina sistem demokrasi negara buat kali ketiga selepas PRK Permatang Pauh dan Kajang.
Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu perlu dihentikan dan sudah tiba masa untuk rakyat memberi isyarat kepada kerajaan hari ini.
Katanya, tindakan memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu seolah-olah mempermainkan sistem demokrasi.
"Ini penghinaan kepada sistem demokrasi. Seolah-olah sistem ini boleh dipermain-mainkan mengikut agenda keluarga dan peribadi.
[ARTIKEL BERKAITAN: Port Dickson untuk Anwar]
"Ini bukan kali pertama ini sudah kali ketiga. Permatang Pauh, langkah Kajang, sekarang langkah Port Dickson," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Muktamar Pemuda Pas ke-59, di sini, hari ini.
Semalam, Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah daripada PKR mengumumkan beliau mengosongkan kerusi Parlimen berkenaan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen itu.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment