Jangan ganggu, politikkan Mara
KUALA LUMPUR - Wanita Umno berharap Mara tidak lagi diganggu atau digunakan sebagai âsenjata politikâ selepas ini.
Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, manifesto Pakatan Harapan yang mahu memperkasakan Mara tidak bermakna ia harus dijadikan modal politik kerana selama ini Mara sudah terbukti mampu membantu orang Melayu khususnya.
Menurutnya, Mara juga memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan melalui pendidikan dengan mewujudkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan pendidikan tertiari seperti Universiti Kuala Lumpur (UniKL) serta German Malaysia Institute (GMI).
âInilah yang disedari oleh pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, barangkali tidak tunduk pada tekanan pihak-pihak tertentu dan berfikir semula untuk meletakkan Mara di bawah kawalan cuma sebuah kementerian iaitu Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
[ARTIKEL BERKAITAN: Annuar Musa hargai Tun M tak pecahkan Mara]
[ARTIKEL BERKAITAN: Jangan kacau Mara, fokus isu pendidikan]
âKerajaan pastinya gusar seandainya Mara `diracik-racikâ memandangkan sejak sekian lama dari aspek keusahawanan, Mara sentiasa memberi bantuan kepada usahawan-usahawan dengan bantuan kewangan, latihan kemahiran dan juga dari segi pembangunan infrastruktur.
âDemikian jugalah dalam aspek pelaburan di mana Mara terus cemerlang dalam mendukung ekonomi Melayu, Bumiputera dan negara melalui penubuhan anak syarikat untuk menjana kewangan mampan,â katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambah Noraini, beliau bersyukur kerana kerajaan memperakui keprihatinan dibangkitkan wakil Parlimen daripada blok pembangkang yang berkeras menolak agar fungsi Mara dipecahbelahkan kepada beberapa kementerian sebelum ini.
Tegasnya, ia membuktikan Harapan masih memerlukan pembangkang yang dinamik dan konstruktif untuk memperjuangkan institusi berpaksikan orang Melayu dan Bumiputera agar terus dibela dan dipertahankan status quonya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kementerian akan tingkat fungsi Mara]
[ARTIKEL BERKAITAN: Langgar akta jika pecahkan fungsi Mara]
âWakil-wakil pembangkang bersedia `mengurangkan kebimbanganâ ini (barisan menteri kurang berpengalaman) dengan memastikan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera dalam segmen tertentu dijamin dalam kontrak sosial dan Perlembagaan.
âMengalu-alukan keputusan kerajaan tidak meracik-racikkan Mara, Wanita Umno percaya kerajaan pimpinan Dr Mahathir amat menyedari bahawa sebarang perpecahan Mara akan mengganggu-gugat ekonomi dan pendidikan orang Melayu,â ujarnya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment