Halimey nafi guna agensi kerajaan

Saturday, September 1, 2018

Halimey nafi guna agensi kerajaan

Halimey nafi guna agensi kerajaan

PETALING JAYA - Calon PH, Halimey Abu Bakar menafikan dakwaan bahawa beliau menggunakan agensi kerajaan bagi berkempen dalam PRK Dun Seri Setia.

Menurut Halimey, penganjuran beberapa program di sekitar kawasan Dun itu adalah perancangan kerajaan negeri sebelum kempen PRK Dun Seri Setia.

"Contoh macam program anjuran Universiti Selangor (Unisel) semalam, ia telah diatur awal lagi malah saya turut tidak berucap dalam program itu.

"Kehadiran saya sebagai bekas ahli majlis di kawasan itu dan bagi mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail serta Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

"Saya menafikan guna agensi kerajaan untuk berkempen,"katanya ketika sidang media hari ini.

Kenyataan Halimey itu adalah susulan dakwaan calon Pas, Dr Halimah Ali yang mempersoalkan perjalanan kempen Halimey berikutan beliau melihat jentera kerajaan negeri digunakan untuk berkempen.

Mengulas lanjut, Halimey turut menafikan dakwaan beliau ada memberi 'barangan' kepada pengundi sewaktu turun berkempen.

"Boleh semak, saya memang tak ada bagi barangan kepada pengundi dan tiada sebarang penyerahan.

"Namun Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin mungkin ada buat penyerahan kerana beliau adalah wakil rakyat dan itu tiada masalah,"katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment