Isu tanah Ijok sengaja disensasikan: MB

Saturday, September 1, 2018

Isu tanah Ijok sengaja disensasikan: MB

Isu tanah Ijok sengaja disensasikan: MB

PETALING JAYA - Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, isu tanah Ijok sengaja disensasikan bagi menutup kelemahan pentadbiran kerajaan BN.

Menurut beliau, BN menggunakan langkah jangka pendek dengan memainkan sentimen tersebut bagi menimbulkan keraguan dalam kalangan rakyat.

"Kita sangat konsisten sejak dari awal dan ini membuktikan bahawa tiada sebarang keraguan ataupun perkara di luar batas undang-undang yang dilaksanakan bagi menyelesaikan isu ini," katanya kepada selepas merasmikan Karnival Komuniti dan Hari Terbuka Universiti Selangor (Unisel), malam ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kes tanah Ijok: SPRM gesa orang ramai beri maklumat]

Terdahulu, Timbalan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya sudah selesai menjalankan siasatan terhadap kes tanah Ijok dan perkara itu telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Namun beliau berkata, tiada sebarang pendakwaan akan dibuat berhubung kes itu.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, sebelum ini, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah menyatakan di dalam Sidang Dun bahawa isu tersebut merupakan masalah tertunggak yang dibuat oleh pentadbiran terdahulu.

"Dan kita telah selesaikan masalah ini dengan mengambil inisiatif dengan konsep menang-menang.

"Penduduk yang tak dapat rumah dapat rumah dan mereka yang belum dapat pampasan juga akan dapat," katanya.

Sebelum ini, Jawatankuasa Badan Bertindak Asal Peneroka Tanah Ijok membuat laporan kepada SPRM kerana mengesyaki berlaku penyelewengan oleh beberapa individu yang bertanggungjawab menandatangani perjanjian penyelesaian berhubung kes tanah berkenaan di Mahkamah Persekutuan.

Jawatankuasa itu mendakwa, pihaknya mengesyaki individu terbabit ada menerima suapan untuk kompromi hak dan kepentingan peneroka di kawasan itu.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment