Guan Eng senarai 8 faktor pengukuhan ekonomi Malaysia
PUTRAJAYA - Meskipun pertumbuhan ekonomi dunia berada dalam keadaan tidak menentu, ekonomi Malaysia tetap kukuh berbanding beberapa negara lain.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, walaupun Malaysia berdepan pelbagai cabaran namun ekonomi negara mempunyai daya tahan yang tinggi.
Malah, dalam kenyataan dikeluarkannya, Ahli Parlimen Bagan itu turut menyenaraikan lapan faktor membantu kepada pengukuhan ekonomi negara.
âPertama, pertumbuhan ekonomi mantap dipacu dengan permintaan domestik dan luaran. Malaysia akan menjadi antara negara paling pesat membangun di rantau ini.
âKedua, kepelbagaian ekonomi yang tinggi. Eksport negara juga terdiri daripada pelbagai industri dengan sektor pembuatan menyumbang sebanyak lebih 80 peratus daripada jumlah eksport.
âKetiga, keadaan pasaran buruh yang menggalakkan menyokong pertumbuhan ekonomi. Ini dapat dilihat daripada kadar pengangguran yang rendah dan gaji di sektor swasta meningkat dengan baik untuk separuh pertama 2018,â katanya.
Tambah beliau, faktor lain yang menyumbang kepada kekukuhan ekonomi negara adalah kadar pertukaran wang yang fleksibel serta perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat.
âRinggit Malaysia telah menjadi lebih matang sejak Krisis Kewangan Asia berlaku pada akhir 1990-an. Prestasi ringgit sekarang adalah antara terbaik di Asia.
âFleksibiliti kadar pertukaran ringgit telah menjadikan mata wang Malaysia sebagai satu penyerap kejutan. Kerajaan akan terus memperbaiki ekonomi dan nilai ringgit akan mengukuh, mencerminkan perkembangan positif ini.
âSelain itu, konflik China dan Amerika Syarikat memberi keuntungan buat Malaysia terutamanya melibatkan peningkatan tarif import,â ujarnya.
Tambah Guan Eng, keadaan itu menyebabkan syarikat pembuatan yang besar daripada dua negara itu mencari tapak baru untuk loji dan kilang mereka dan melihat Malaysia destinasi selamat untuk mereka.
Jelasnya lagi, faktor lain menyumbang kepada kemantapan ekonomi negara berpunca daripada kadar inflasi yang rendah pada Jun dan Julai serta lebihan akaun semasa negara.
âInflasi yang rendah akan memberi ruang kepada Malaysia untuk menghadapi sebarang inflasi yang diimport daripada luar yang disebabkan oleh penguatan nilai dolar Amerika Syarikat.
âLebihan akaun semasa negara berada pada tahap 2.8 peratus daripada Pendapatan Negara Kasar (GNI) pada separuh pertama 2018 dan ia dijangka terus berada dalam keadaan lebihan,â jelasnya.
Tambah Guan Eng lagi, faktor kelapan adalah penampan luaran mencukupi di mana rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia mencukupi untuk mengendalikan transaksi antarabangsa.
âRizab ini merangkumi hanya satu suku daripada jumlah aset luaran Malaysia. Bank-bank dan syarikat-syarikat memegang tiga suku daripada aset luaran Malaysia iaitu RM1.3 trilion pada akhir suku kedua 2018.
âIa boleh dicairkan untuk memenuhi tuntutan kewangan luaran mereka sebanyak RM0.7 trilion tanpa membuat tuntutan ke atas rizab antarabangsa negara.
âInstitusi kewangan Malaysia juga mempunyai modal yang sangat mencukupi dan mempunyai kecairan yang secukupnya untuk membantu aktiviti pengantaraan dalam negara,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment