Dua ahli PKR dipecat
PETALING JAYA - PKR memecat keangotaan dua ahlinya yang didakwa mencetuskan insiden kekecohan pada proses pemilihan Sabtu lalu di Kedah dan Pulau Pinang.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan itu diambil bagi memastikan insiden sama tidak berulang.
âAda beberapa pelanggaran disiplin. Ada yang lebih teruk berlaku apabila terdapat dua kes yang telah diteliti Biro Politik PKR berdasarkan foto dan rakaman pertama di Merbok.
"Pergaduhan dan guna senjata maka kita ambil keputusan segera pecat serta merta anggota parti.
âBegitu juga satu lagi kejadian di Seberang Jaya, di mana kerusi dibaling kita kenal pasti namanya orang berkenaan automatik terpecat mulai sekarang, dua orang dipecat setakat ini.
âSebelum dia baling kerusi pada kita, kita baling dia keluar parti," katanya semasa sidang media di ibu pejabat PKR, malam tadi.
Dalam perkembangan sama, Anwar memaklumkan, pemilihan PKR di Pulau Pinang diterima manakala di Kedah keputusan akan ditangguh sehingga selewat-lewatnya November.
Sabtu lalu, kekecohan yang berlaku semasa pemilihan di beberapa cabang PKR Kedah dan Pulau Pinang.
[ARTIKEL BERKAITAN: Insiden baling kerusi cemari sidang media JPP]
Kekecohan yang berpunca dari masalah sistem e-voting menyebabkan pemilihan di Perlis, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka yang sepatutnya berlangsung pada Ahad ditangguh ke tarikh lain.
Hal demikian, keputusan pemilihan di Kedah juga dibatalkan dan akan diadakan semula pada satu tarikh baharu
Rentetan kekecohan itu, polis turut menahan reman 13 lelaki selama tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes pergaduhan ketika pemilihan PKR Cabang Merbok.
Sementara itu, Anwar juga memaklumkan mesyuarat biro politik berkenaan sama sekali tidak membincangkan isu desakan agar Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dikenakan tindakan bersabit isu pemilihan parti itu.
Terdahulu, calon Ketua Wanita PKR Haniza Talha mendesak kepimpinan parti mengambil tindakan terhadap Saifuddin dan Jawatankuasa Pemilhan Parti (JPP) ekoran proses pemilihan tidak lancar.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kes baling kerusi: Biar polis siasat dulu!]
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment