BTS artis K-pop pertama berucap di PBB
KUMPULAN muzik terkenal Korea Selatan, BTS mencipta sejarah apabila menjadi artis K-Pop pertama berucap pada perhimpunan tahunan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).
Memetik portal CNN, kumpulan dianggotai tujuh anak muda kegilaan ramai itu membuat rayuan di PBB untuk mendapatkan penyertaan generasi muda dalam menentukan masa depan dunia.
Ketua BTS, Kim Namjoon atau RM mewakili kumpulan berkenaan membantu melancarkan kempen Unicef dikenali sebagai âGeneration Unlimitedâ dan menggariskan beberapa isu yang dihadapi generasi muda di seluruh dunia serta keperluan untuk mengambil tindakan segera.
âSaya mahu mendengar suara anda. Saya mahu mendengar kisah anda. Dengarkan suara anda kepada dunia, tidak kira negara, warna kulit atau identiti, bersuaralah,â kata Namjoon, 24 dalam ucapan yang kemudiannya tular di media sosial.
BTS, ditubuhkan pada 2013 dengan penampilan sulung mereka bertajuk 'No More Dream' menguasai senarai selebriti paling berpengaruh Forbes Korea Selatan 2018.
Mereka juga muncul sebagai kumpulan K-pop pertama menduduki carta album Billboard 200 dan kini memiliki 13.3 juta pengikut di Instagram.
Dalam pada itu, kesemua 193 negara anggota PBB pada tiga tahun lalu bersetuju menggariskan 17 misi global dalam membasmi kemiskinan, diskriminasi dan beberapa isu antarabangsa lain menjelang 2030.
Susulan itu, pihak terbabit berulang kali menekankan kepentingan generasi muda untuk sama membabitkan diri, selaras dengan ramalan dana kanak-kanak PBB, Unicef bahawa populasi golongan remaja dan belia di seluruh dunia bakal mencecah 2 bilion menjelang 2030.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment