30 tentera Nigeria maut diserang hendap
ABUJA - NIGERIA. Sekurang-kurangnya 30 anggota tentera Nigeria maut dalam serangan hendap oleh kumpulan militan di timur laut Nigeria.
Sumber memberitahu, serangan menyasarkan sebuah pangkalan tentera di perkampungan Zari di negeri Borno pada Khamis lalu.
Maklumat itu baru diterima semalam kerana perkampungan itu terletak jauh di kawasan pedalaman.
"Pertempuran berlaku selama dua jam, tetapi situasi semakin buruk sebelum bantuan tiba. Kami kehilangan 30 anggota dan 10 lagi mengalami kecederaan," menurut sumber tentera yang enggan dikenali.
Difahamkan, serangan itu didalangi kumpulan militan ISWA iaitu cabang Boko Haram.
Serangan di Zari itu adalah cabaran terbaharu buat kerajaan pimpinan Presiden Muhammadu Buhari bagi memastikan keselamatan di timur laut Nigeria sentiasa terjamin, menjelang pilihan raya umum pada Februari, tahun hadapan. - Press TV
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment