2 bot bertembung: 3 termasuk 2 rakyat Malaysia maut, 2 warga Brunei cedera parah

Thursday, September 27, 2018

2 bot bertembung: 3 termasuk 2 rakyat Malaysia maut, 2 warga Brunei cedera parah


Dalam tragedi berlaku kira-kira 2 petang itu, dua rakyat tempatan yang terbunuh ialah Mohd Nazmi Marali, 21, dan Awang Syukri Awangku Rizan, 7.

Warga Brunei yang maut pula dikenali sebagai Sanah Lisa, manakala dua rakan senegaranya yang cedera parah ialah Adri Arshad dan Rosmawati Manaf.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya yang menerima laporan tentang kemalangan itu pada pukul 2.19 petang, segera melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan 10 anggota diketuai Mohd Ali Mohd Salleh.

Katanya, laporan awal diterima memaklumkan bahawa perlanggaran melibatkan sebuah bot penambang dari Limbang dengan bot laju dinaiki rakyat Brunei.

"Penumpang bot penambang dilaporkan dinaiki 6 orang , manakala bot laju dari Brunei pula membawa 20 penumpang," katanya ketika dihubungi, di sini malam ini.

Beliau berkata, mayat Awang Syukri yang dilaporkan hilang sebelum itu berjaya ditemukan oleh penduduk kampung pada pukul 5.30 petang iaitu kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian, diikuti Mohd Nazmi pada 5.45 petang. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment