Usia 94 tahun tetap menggali kubur
sumber: utusan
Yusoff, 94, berkata, usia bukan penghalang besar buatnya untuk meneruskan kerja-kerja tersebut yang disifatkan sudah sebati dengan dirinya.
“Saya mula terdedah dengan kerja ini ketika berusia 13 tahun selepas mengikut orang-orang tua di kampung setiap kali ada kematian.
“Bermula dengan suka-suka sekadar ingin mengetahui, lama-kelamaan bertukar menjadi tugas hakiki sehingga hari ini,” katanya kepada pemberita di Tanah Perbukuran Telaga Alor, Kampung Resak, Tendong hari ini.
Yusoff memberitahu, dia bangga apabila generasi muda turut terlibat dalam kerja-kerja berkenaan malah semakin mahir.
“Saya harap generasi pelapis ini dapat meneruskan kerja-kerja fardu kifayah itu dengan sebaik mungkin,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment