Umno perlu lakukan transformasi
BENTONG - Umno perlu segera melakukan transformasi dan menjaga hubungan baik dengan rakyat jika mahu terus relevan dan diterima akar umbi serta rakyat.
Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata Umno selepas ini perlu mengubah jiwa mereka ke arah lebih baik dengan mengamalkan sikap tidak sombong dan tidak berdendam serta komited dalam melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.
Menurutnya, Umno juga perlu mengubah keterampilan dan penampilan mereka bersesuaian dengan tempat ketika mereka turun padang berjumpa dengan rakyat.
âMungkin di tempat-tempat tertentu kita tak perlu memakai pakaian, kasut dan jam tangan berjenama ketika bertemu rakyat.. kita perlu sesuaikan dengan rakyat sekeliling dan jadi sebahagian daripada mereka.
âDi samping itu, kita perlu menjaga kelakuan kita, elak sifat sombong dan tak peduli pada rakyat. Asasnya mudah sahaja macam zaman Britsih dulu, mereka menang perang dengan memenangi hati dan pemikiran rakyat.. Jika rakyat sudah tertarik dengan penampilan dan pemikiran kita, Umno pasti boleh menang,â katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Mesyuarat Umno Bahagian Bentong di sini, semalam.
Dalam pada itu Adnan berkata, sekiranya perkara sebaliknya masih diterapkan dalam Umno ia dikhuatiri akan membangkitkan rasa marah rakyat.
âRakyat kini melihat apa yang berlaku di sekeliling. Sekiranya mereka marah dengan pemimpin, ia sekali gus beri kesan kepada parti kerana dalam prinsip kepimpinan, pemimpin dan parti tak boleh dipisahkan,â katanya.
Adnan yang juga bekas Menteri Besar Pahang berjaya mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Bentong pada pemilihan sempena Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Bentong kelmarin dengan memperolehi 296 undi menewaskan pencabarnya, Shamsuddin Moner yang mendapat 51 undi.
Beliau yang juga Adun Pelangai, mula memegang jawatan Ketua Umno Bahagian Bentong sejak 1987.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment