Pernah digoda dan ditipu pelanggan, itulah pengalaman Adam Shahz yang kini sudah lebih setahun menjadi pemandu Grab. Bagi pelakon ini, tidak ada apa yang perlu dimalukan malah apa yang dilakukannya kini adalah halal selain mengisi masa lapang sekiranya tiada penggambaran.

BACA: Adam Shahz Dakwa Bekas Isteri Curang, Kaki Sihir


“Sudah setahun lebih saya menjadi pemandu Grab dan Alhamdulillah saya semakin selesa dengan kerja yang saya lakukan. Selain ia menambah pendapatan, sekurang-kurangnya saya tidak membuang masa tanpa berbuat apa-apa kalau tiada tawaran berlakon”


“Digoda itu mungkin biasa tetapi biasanya saya tidak layan… Ditipu pelanggan pun ada juga. Alhamdulillah setakat ini tiada kejadian membimbangkan berlaku. Kalau terpaksa saya akan batalkan pesanan pelanggan jika ada sesuatu yang saya rasa tak kena atau ada mereka menggunakan akaun palsu,” jelasnya.

Tambah Adam kepada mStar Online, walaupun ada pihak yang menawarkan kerja kepadanya kerana sebelum ini pernah bekerja sebagai jurutera, dia menolaknya kerana sayangkan karier seni.



“Saya sayangkan industri dan masih mahu berlakon… Tidak terdetik dihati saya nak meninggalkan industri kerana masih banyak perkara belum saya capai. Pernah ada pelanggan saya tawarkan saya kerja apabila tahu saya pernah bekerja sebagai jututera tetapi saya tolak”

“Saya sedar kalau saya ada kerja tetap, memang tidak akan ada masa untuk berlakon selepas ini,” katanya. (rtky/s)