TERKINI! Najib Razak ditahan SPRM, akan didakwa esok

Tuesday, July 3, 2018

TERKINI! Najib Razak ditahan SPRM, akan didakwa esok


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mengesahkan perkara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, beberapa pegawai suruhanjaya tersebut telah hadir ke rumah Najib di Langgak Duta di sini petang ini sebelum membawa bekas Presiden UMNO itu.

Menurutnya, beberapa pegawai dan Najib kini dalam perjalanan ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
Ditanya sama ada Najib hanya dibawa ke pejabat SPRM atau terus ditahan, Mohd Shukri berkata, terus ditahan.

"Kita akan terus tahan dan mereka (pegawai SPRM dan Najib dalam perjalanan)," katanya ketika dhubungi Astro AWANI di sini pada Selasa.

Sementara Pasukan Petugas Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB turut mengesahkan telah membuat tangkapan terhadap  Najib Tun Razak pada pukul 2.35 petang berkaitan SRC International Sdn Bhd.

Najib akan dituduh pada 4 Julai 2018 (esok) pada pukul 8.30 pagi di Mahkamah Kuala Lumpur.

BERITA LANJUT MENYUSUL




sumber: astroawani

0 comments:

Post a Comment