Sungai merah kesan bauksit?
GUA MUSANG - Bukan keruh tapi merah. Itulah keadaan di sepanjang Sungai Nenggiri ketika menyelusuri menggunakan bot pancung.
Difahamkan sejak awal tahun ini, keadaan sungai tersebut semakin teruk dengan kesan pencemaran apabila ia berubah menjadi merah.
Hasil daripada tinjauan, ia kemungkinan kesan aliran bauksit iaitu sejenis bijih utama untuk menghasilkan aluminium.
Bijih bauksit secara semula jadi mengandungi aluminium hidroksida, ferum oksida, titanium oksida dan silika reaktif.
Penduduk Kampung Bertam, Daud Mamat berkata, warna air sungai itu mula berubah sejak tahun ini yang mana sebelum ini warnanya hanya keruh akibat hujan di kawasan hulu.
Bagaimanapun katanya, ia tidak menjejaskan penduduk kerana mereka tidak bergantung kepada sumber air sungai secara terus.
"Kampung kami mempunyai loji rawatan air sejak lebih 30 tahun lagi. Sebelum kejadian Bah Kuning, air sungai ini hanya keruh apabila musim hujan.
"Namun selepas banjir ia tidak pernah jernih malah tahun ini bertukar warna pula. Sekiranya penduduk kampung mendapatkan sumber air sungai secara terus, ia tidak selamat digunakan," katanya.
Sebagai info, bauksit boleh menyebabkan pencemaran termasuklah geologi kerak bumi, pencemaran sumber air termasuk sungai dan laut serta pelabuhan berdekatan dengan logam- logam berat terutamanya kromium, arsenik dan merkuri.
Bahan-bahan lain seperti nikel, zink turut hadir dalam kepekatan yang rendah.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment