Sharnaaz harap Puteri Balqis terus kuat

Monday, July 9, 2018

Sharnaaz harap Puteri Balqis terus kuat

Sharnaaz harap Puteri Balqis terus kuat

MENYEDARI aktres Puteri Balqis menghidap penyakit kanser, aktor Sharnaaz Ahmad berharap semoga pelakon cilik itu terus kuat mendepani dugaan dan ujian yang dihadapinya ketika ini.

"Aqish papa tau awak kuat dan semoga kuat dan terus lawan penyakit awak itu.

"Dan awaklah pelakon kanak kanak terbaik papa pernah berlakon.

"Kami semua memerlukan awak. Papa tau awak yang terbaik industri kita pernah ada @rockingbalqis," tulis Sharnaaz di akaun IG miliknya.

Terdahulu, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 33, pernah berlakon watak sebagai bapa kepada Balqis menerusi drama Hidupku, Solatku, Matiku.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, ibu kepada Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Televisyen Asia ke-19 (2014) iaitu Nosrashikin, berkata, tahap kesihatan anaknya itu semakin baik selepas menjalani rawatan, malah mempunyai semangat yang cukup kuat meskipun berdepan dengan masalah kesihatan.

Puteri Balqish sebelum ini dilaporkan mengalami masalah kesihatan yang tidak menentu semenjak akhir tahun lalu apabila mengalami demam berpanjangan dan kerap muntah sehingga terpaksa ditahan di hospital untuk mendapatkan rawatan.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment