Saifuddin kunjung hormat Presiden Indonesia
Saifuddin kunjung hormat Presiden Indonesia
sumber: sinarharian
Saifuddin kunjung hormat Presiden Indonesia
JAKARTA - INDONESIA. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Indonesia Joko Widodo di Istana Bogor.
Saifuddin dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Indonesia bermula Sabtu lepas.
Ia merupakan lawatan kerjanya yang pertama selepas mengangkat sumpah sebagai menteri luar pada 2 Julai lepas.
Lawatan tersebut adalah susulan kepada lawatan rasmi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 28 Jun lalu, dalam usaha mengukuhkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara, selepas Pakatan Harapan menang pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Turut hadir dalam pertemuan itu Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi dan Timbalan Duta Besar Malaysia di Indonesia Zamshari Shaharan.- Bernama
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment