Polis cari empat saksi kes bunuh

Sunday, July 1, 2018

Polis cari empat saksi kes bunuh

Polis cari empat saksi kes bunuh

KUALA LANGAT - Polis mengesan empat individu untuk perbicaraan kes bunuh di Mahkamah Klang, 20 Julai depan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supritendan Azizan Tukiman berkata, keempat-empat individu itu perlu menjadi saksi pendakwaan awam bagi perbicaraan kes bunuh membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun.

Menurutnya, individu pertama Soo Bee Kim, 20, Chong Boon Leong, 20, Yeow Sze Tiong, 30 dan Gan Chew Wan berusia 40 tahun yang alamat akhir mereka adalah di Sungai Jarom.

“Ini berikutan keempat-empat saksi ini tidak hadir sejak perbicaraan kes sebelum ini yang ditangguhkan sehingga 20 Julai depan,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam kejadian 26 April dua tahun lalu, mangsa ditemui mati dengan kesan kelar di leher dipercayai menggunakan senjata tombak di sebuah rumah di Jalan Permata 18, Taman Yayasan, Sungai Jarom.

Ujarnya, susulan kejadian itu dua suspek telah ditangkap dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sehubungan itu, mereka yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan maklumat kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kuala Langat, Asisten Superintendan Damie Jaimilin di talian 012-8359039 bagi melengkapkan proses perbicaraan,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment