Parti hari lahir bertukar tragedi, 9 cedera

Sunday, July 1, 2018

Parti hari lahir bertukar tragedi, 9 cedera


IDAHO: Seorang lelaki mengamuk dan menyerang tetamu pada satu majlis hari jadi seorang kanak-kanak berumur tiga tahun di sebuah kompleks pangsapuri yang menempatkan pelarian di Boise pada Sabtu.

Kejadian itu mencederakan sembilan orang, termasuk enam kanak-kanak.

Menurut polis tempatan, penyerang, Timmy Kinner, 30 tahun, warga Amerika Syarikat yang berasal dari Los Angeles, telah berjaya diberkas.


Serangan yang dilakukan Kinner dikatakan bermotifkan balas dendam, selepas diminta meninggalkan kediaman tersebut pada Jumaat kerana dia dikatakan bukan seorang pendatang.

Dalam sidang media pada Ahad, Ketua Polis, Bill Bones berkata Kinner kembali pada malam Sabtu untuk membalas dendam dan menyasar kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan tiga hingga 12 tahun.

Tiga orang dewasa cedera apabila cuba memberhentikan serangan Kinner.

Empat daripada mangsa mengalami kecederaan parah dan kebanyakan mereka adalah pelarian dari Syria, Iraq dan Ethiopia. 

Bones turut berkata, penyerang yang mempunyai rekod jenayah tersebut tidak mengenali mana-mana mangsa yang terlibat.





sumber: astroawani

0 comments:

Post a Comment