Nafi terlibat sindiket penipuan pekerja Nepal
KUALA LUMPUR - Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan sebarang perkaitan dengan sindiket penipuan yang didakwa menipu pekerja Nepal sehingga meraih RM185 juta (Rs5 bilion) sejak lima tahun lalu.
Ahmad Zahid menegaskan, beliau sedia disiasat dan mengemukakan bukti berhubung perkara berkenaan.
âSaya sedia disiasat, saya sedia untuk kemukakan bukti kalau saya terlibat atau saya salah gunakan kuasa atau mana mana ahli keluarga saya yang terlibat.
âSila lakukan siasatan dan saya sedia berdepan,â katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga tidak kisah sekiranya kes itu dibangkitkan semula, kerana beliau yakin tidak terlibat langsung dalam isu itu.
âSaya tak kira itu kes lama atau baharu, saya tidak pernah terlibat dan saya sedia disiasat,â tegasnya.
Ahmad Zahid sekali lagi menjelaskan bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan syarikat Bestinet Sdn Bhd seperti didakwa.
Beliau juga menyangkal dakwaan bahawa syarikat berkenaan diuruskan oleh iparnya, Amin Abdul Nor.
âTak ada, Bestinet bukan saya punya. Saya tidak tahu siapa Amin.
"Itu sebab saya kata perlu disiasat. Perlu siasat, saya tak ada adik ipar namanya Amin, saya tidak ada saham satu sen pun dalam syarikat itu dan syarikat itu memang telah ada perniagaan sebelum saya masuk KDN.
âSaya sedia disiasat dan tak takut,â katanya.
Sebelum ini, portal Nepali Times dalam laporan bertajuk 'Kleptocrats of Kathmandu and Kuala Lumpur' menamakan Bestinet Sdn Bhd bersama-sama beberapa syarikat lain menerima sokongan politikus berpengaruh Malaysia sebagai antara pihak yang meraih keuntungan daripada proses baharu pengambilan pekerja asing dilaksanakan Putrajaya.
Selain Bestinet, laporan turut menamakan beberapa syarikat di Kathmandu, Malaysia VLN Nepal dan One Stop Centre (OSC) terlibat dalam penipuan pendaftaran pekerja asing negara itu.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment