MRA mohon KPM beri kenyataan bertulis
KUALA LUMPUR - Persatuan Peruncit Malaysia (MRA) memohon Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengeluarkan kenyataan bertulis kepada industri berhubung penggunaan kasut hitam di sekolah.
Presiden MRA, James Loke berkata, ini kerana pihak industri sudah membuat tempahan awal sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun bagi kasut sekolah putih bagi menjamin bekalan mencukupi dalam pasaran.
Bagaimanapun menurutnya, sekiranya cadangan penggunaan kasut hitam itu diteruskan, akan berlaku lambakan stok kasut sekolah berwarna putih yang tidak terjual di pasaran.
âOleh itu, kami (MRA) memohon KPM memberikan kenyataan rasmi bertulis kepada pihak industri untuk membolehkan pihak industri menyediakan perancangan yang lebih baik bagi mengelakkan lambakan stok kasut sekolah putih.
âMalah, MRA juga memohon agar KPM dapat memberikan tempoh masa lebih sesuai sekitar 12 hingga 18 bulan untuk membuat keputusan meneruskan perlaksanaan penggunaan kasut sekolah putih kepada hitam dan bukannya bermula pada awal tahun hadapan,â katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
[ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar sekolah pakai kasut hitam tahun depan]
James berkata, pihaknya percaya sekitar 70 hingga 80 peratus kasut sekolah digunakan buat masa kini ialah berwarna putih.
Menurutnya, kebanyakan industri telah membuat pembelian dalam jumlah yang besar sekitar 100,000 pasang kasut untuk tahun hadapan.
âMalah, pelaksanaan penggunaan kasut hitam ini adalah untuk mengelakkan beban kepada keluarga terutamanya yang berpendapatan rendah (B40).
âIni kerana, berkemungkinan keluarga telah menyediakan kasut tambahan berwarna putih buat anak mereka yang boleh digunakan kembali pada tahun hadapan," katanya.
Menurutnya, atas dasar itu, MRA memohon KPM untuk melihat kembali cadangan berkenaan secara keseluruhannya kerana ianya membabitkan banyak pihak.
âMRA juga telah membuat permohonan untuk bertemu dengan menteri berkaitan berhubung isu ini untuk bekerjasama memberikan pandangan dan cadangan berhubung isu berkenaan.
âIsu ini bukan hanya memberi kesan kepada industri, bahkan akhirnya akan membebankan pengguna. Pihak industri hanya akan menawarkan stok kepada pengguna dan pengguna yang akan menanggung bebanan pembelian berkenaan," katanya.
Turut hadir, Ahli Majlis Penasihat MRA, Datuk Dr Ameer Ali Mydin, Ahli Majlis Penasihat MRA, Raymond Teo dan Pengarah Kewangan Bata Malaysia, Duncan Cowe.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment