Letupan kilang mercun di India ragut sembilan nyawa

Wednesday, July 4, 2018

Letupan kilang mercun di India ragut sembilan nyawa

Letupan kilang mercun di India ragut sembilan nyawa

NEW DELHI - INDIA. Letupan kuat memusnahkan sebuah kilang mercun di selatan India hari ini, mengorbankan sembilan pekerja, kata polis.

Unit pembuatan di daerah Warangal di negeri Telangana terbakar susulan letupan tidak lama selepas pekerja memasuki premis itu pada jam 11.00 pagi waktu tempatan.

"Kami menemui sembilan mayat manakala empat lagi cedera dan sedang mendapatkan rawatan," kata jurucakap polis, Mohana Krishna.

Pasukan bomba berusaha memadamkan api dan menyelamatkan mangsa yang terperangkap, namun sebahagian mangsa sudah rentung sebaik mereka tiba.

Laporan media tempatan menyatakan letupan berkemungkinan disebabkan litar pintas.

Kemalangan di tempat kerja adalah biasa di India, disebabkan piawaian keselamatan rendah dan kekurangan penguat kuasaan peraturan. - AFP



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment