Ku Li dakwa pemilihan UMNO dicemari politik wang

Sunday, July 1, 2018

Ku Li dakwa pemilihan UMNO dicemari politik wang


TENGKU RAZALEIGH

Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa beliau mendapat khabar bahawa dalam pemilihan kali ini banyak wang telah digunakan.

“Kalau benar ia berlaku, dukacitalah kerana masa depan pimpinan parti ini akan bergantung kepada duit juga.

“Pengaruh duit yang seharus­nya dihapuskan sudah bermaharajalela semula dalam politik tanah air,” katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian.

Dalam pemilihan parti yang berlangsung semalam, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dipilih sebagai Presiden dengan 99 undi manakala, Khairy Jamaluddin memperoleh 61 undi dan Tengku Razaleigh Hamzah mendapat 30 undi.

Sebelum pemilihan berlangsung, Tengku Razaleigh berjanji untuk menghapuskan politik wang daripada UMNO.

Selain itu beliau yang turut dikenali sebagai Ku Li juga mahu mengembalikan integriti parti itu yang terpalit dengan pelbagai isu sehingga menjejaskan sokongan rakyat.



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment