Jihad bantu tingkatkan taraf pendidikan

Monday, July 23, 2018

Jihad bantu tingkatkan taraf pendidikan

Jihad bantu tingkatkan taraf pendidikan

IPOH - Kerajaan negeri merancang melaksanakan jihad dalam usaha meningkatkan taraf pendidikan terutamanya dengan menangani masalah keciciran pendidikan dalam kalangan kanak-kanak di negeri ini di negeri ini.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, ia bakal memberi tumpuan khusus kepada keluarga yang kurang berkemampuan termasuk golongan yang tinggal di kawasan-kawasan pendalaman termasuk masyarakat Orang Asli.

Menurutnya, selain daripada Kementerian Pendidikan, perkara berkenaan juga telah dibawa kepada pengetahuan pihak-pihak swasta khususnya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang berada di sekitar negeri.

“Perancangan ini sebenarnya sudah pun bermula sewaktu saya  berkempen pada PRU14 lalu di Chenderiang di mana yang saya dapati dapati anak-anak berusia sembilan, 11, 13, 15 tak pergi ke sekolah kerana kedudukan nya (sekolah) terlalu jauh.

“Tetapi hari ini kementerian menjalankan tugas dengan baik. Contohnya di Bawong, Sungai Siput. Sudah ada sekolah untuk Orang Asli, siap dengan asrama. Tetapi di Chenderiang tidak ada.

“Oleh itu, saya sekarang sedang berusaha mendapatkan jumlah GLC yang mencukupi, dengan syarikat swasta, untuk menaja kampung-kampung, supaya penduduknya mendapat bantuan pendidikan yang sempurna,” katanya.

Ahmad Faizal berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Perak di Dewan Seri Perdana, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Sultan Azlan Shah, semalam.

Hadir sama, Exco Kerajaan Negeri Dr Abdul Aziz Bari, serta Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Datuk Dr Mohd Ismail Abdul Aziz.

Difahamkan, lebih 800 graduan dari tujuh Kolej Komuniti seluruh negeri, hadir bagi menerima sijil dan diploma masing-masing.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal berharap GLC serta swasta dapat bekerjasama bagi menangani masalah keciciran pendidikan dalam kalangan anak-anak  ini.

Malah katanya, sebagai syarikat yang mengaut keuntungan puluhan juta setiap tahun tentu tidak ada  masalah bagi membantu masalah sebegini.

“Sebenarnya perkara ini adalah cabaran bagi semua pihak. Tidak kira siapa, semua rakyat berhak mendapat pendidikan yang baik dan ini keutamaan kita.

“Jika semua pihak dapat bekerjasama, saya yakin taraf pendidikan di negeri ini akan dapat ditingkatkan dalam masa yang singkat,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment