Baki menteri, timbalan menteri angkat sumpah esok

Sunday, July 1, 2018

Baki menteri, timbalan menteri angkat sumpah esok

Baki menteri, timbalan menteri angkat sumpah esok

KUALA LUMPUR - Beberapa pemimpin Pakatan Harapan mengesahkan akan menghadiri istiadat mengangkat sumpah menteri dan timbalan menteri Kabinet di Istana Negara esok.

Memetik laporan NST, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, beliau telah menerima surat rasmi dari Istana Negara pada Jumaat lalu untuk menghadiri majlis tersebut.

Bagaimanapun, katanya, surat itu tidak mengatakan butiran portfolio yang akan dipegangnya.

รข€œIa tidak mengatakan secara khusus, (sebaliknya) ia hanya menyebut menteri Kabinet," katanya seperti dilaporkan NST.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution juga mengesahkan beliau menerima surat yang sama.

"Ya, saya menerima surat jemputan dari Istana (Negara). Saya akan hadir, " katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok turut mengesahkan beliau akan ke Istana Negara untuk menghadiri istiadat angkat sumpah menteri dan timbalan menteri Kabinet.

Dalam satu senarai Kabinet yang tular baru-baru ini, Khalid dikatakan akan memegang jawatan Menteri Wilayah Persekutuan, Saifuddin (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Teresa (Menteri Industri Utama).

Sebelum ini, Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan istiadat mengangkat sumpah baki barisan Kabinet akan berlangsung pada esok (2 Julai).

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, berkata Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sudah menerima senarai nama menteri dan timbalan menteri Kabinet pada 20 Jun lalu.

"Senarai nama menteri dan timbalan Menteri Kabinet itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong dan dikembalikan semula kepada Pejabat Perdana Menteri pada 22 Jun lalu," katanya dalam satu kenyataan media.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment