Mahu bunuh bapa kerana dadah

Sunday, February 18, 2018

Mahu bunuh bapa kerana dadah

Mahu bunuh bapa kerana dadah

MIRI: Seorang pemuda mengugut mahu membunuh bapa kandungnya menggunakan parang hanya kerana gagal mendapatkan wang untuk membeli dadah.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Ulu Niah, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, apabila suspek berusia 23 tahun itu tiba-tiba mengamuk selepas kemahuannya tidak dipenuhi, malah turut merosakkan kelengkapan rumahnya.

Melihatkan keadaan anak lelakinya yang tidak terkawal, bapa suspek, yang berusia 53 tahun bergegas membuat laporan di Balai Polis Batu Niah, seterusnya membawa kepada penahanan suspek pada jam 5.30 petang hari yang sama.

Sumber berkata, pemuda itu kemudian berjaya ditenangkan sebelum ditahan untuk siasatan lanjut, malah parang digunakan untuk mengugut bapanya turut dirampas.

"Hasil siasatan awal mendapati suspek di bawah pengaruh dadah. Dia dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan ugutan jenayah.

"Difahamkan, suspek sudah beberapa kali mengamuk sebelum ini kerana gagal mendapatkan wang untuk membeli dadah.

"Namun, kali ini perbuatannya agak melampau sehingga tergamak mahu membunuh bapanya. Tidak tahan dengan keadaan itu, keluarganya membuat laporan polis," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment