Lelaki warga emas direman

Sunday, February 18, 2018

Lelaki warga emas direman

Lelaki warga emas direman

KUANTAN - Seorang lelaki warga emas ditahan untuk siasatan lanjut kerana disyaki cuba merasuah pegawai penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), malam tadi.

Lelaki berusia 67 tahun yang bekerja sendiri itu ditahan jam 11.30 malam oleh pegawai SPRM Cawangan Raub kerana disyaki menghulurkan suapan RM500 kepada Ketua Pembantu Penguatkuasa JPJ di Stesen Penguatkuasa Karak.

Suapan sebagai dorongan supaya tidak diambil tindakan  terhadap kesalahannya  berkaitan lesen memandu di bawah Seksyen 26 dan Seksyen 56 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Perintah reman terhadap warga emas itu dibuat pagi tadi di Mahkamah Majistret Raub di hadapan Penolong Pendaftar, Yusni Wanu Suki.

Mahkamah membenarkan reman ke atas lelaki itu selama lima hari bermula esok hingga 25 Februari ini.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment