Tahniahlah Pakatan Harapan

Friday, August 17, 2018

Tahniahlah Pakatan Harapan


Itu merupakan pandangan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (gambar) ketika di­ajukan soalan me­ngenai prestasi 100 hari pentadbiran PH lebih-lebih lagi berkaitan dengan 10 perkara yang dijan­jikan dalam tempoh tersebut ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Khairy percaya, apa yang penting kepada rakyat ialah Barisan Nasional (BN) ditumbangkan dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diturunkan daripada terus mentadbir negara.

“Buat atau tidak buat (janji), rakyat tidak kisah. Tahniahlah kepada PH,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis perasmian kedai cenderamata Buah Tangan dan kempen media sosial ‘Born & Bred’ sempena bulan kemerdekaan, di sini hari ini.

Diajukan pula so­alan mengenai prestasi pembangkang khususnya parti diwakili beliau iaitu BN dan UMNO, Khairy menyifatkannya sebagai boleh tahan walaupun tidak cemerlang.

Beliau percaya banyak lagi sudut yang boleh diperbaiki.

“Prestasi sebagai pembangkang di Parlimen tidak cemerlang, tidak gagal, tidak mengecewakan, boleh tahan.

“Kita masih ada banyak ruang perlu diperbaiki dari segi hujah dan kemahiran sebagai pembangkang,” ujar beliau.



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment