Zarina Anjoulie Tak Mahu Lagi Dikaitkan Dengan Fathia Latiff
Sebelum ini bersahabat baik dan sentiasa bersama, namun kini tidak dapat dipastikan hubungan antara pelakon Zarina Anjoulie dan Fathia Latiff masih lagi berkawan atau pun tidak. Malah, Zarina juga dilihat cuba mengelak menjawab persoalan yang ditanyakan oleh peminat berkaitan Fathia.
Namun baru-baru ini menerusi Insta Story, Zarina memberikan bayangan bahawa hubungan mereka kini tidak berapa baik. Zarina juga mendedahkan status terkini hubungan mereka dan tidak mahu lagi dikaitkan dengan Fathia.
BACA:Â Fathia Latiff, Zarina Anjoulie Putus Kawan?
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada mereka benar-benar putus sahabat atau sebaliknya. Namun dalam masa yang sama, perhatian lebih tertumpu kepada Fathia yang kini sibuk mempromosikan single terbarunya.
Terdahulu, dua sahabat baik ini menjadi perhatian ramai dimana beberapa identiti dan perangai sebenar suami orang, ahli politik dan selebriti serba sedikit terbongkar.
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment