UD Trucks dan TCIE rai ulang tahun ke-40

Tuesday, September 25, 2018

UD Trucks dan TCIE rai ulang tahun ke-40

UD Trucks dan TCIE rai ulang tahun ke-40

UD Trucks dan Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd (TCIE) baru-baru ini meraikan ulang tahun kerjasama yang ke-40, salah satu kerjasama paling lama antara prinsipal dan pengedar dalam sejarah UD di peringkat global.

Kejayaan ini diraikan dengan satu majlis makan malam yang bertemakan ‘Powering the Nation Forward’. Majlis penuh bersejarah ini diadakan di Saujana Hotel Kuala Lumpur dan dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Tan Chong Motor Holdings Berhad, Datuk Rosie Tan dan Presiden, Volvo Group Trucks Asia & JVs Sales, Jacques Michel.

Ia turut dihadiri oleh pihak pengurusan tertinggi Kumpulan Tan Chong, UD Trucks dan TCIE, selain kakitangan, rakan perniagaan, pelanggan dan pihak media.

Berucap pada majlis tersebut, Pengarah Urusan Hab Malaysia UD Trucks, Filip Van den Heede berkata, Sejak 40 tahun lalu, TCIE telah menjadi perintis dan peneraju dalam industri perkhidmatan kenderaan komersial di Malaysia.

“Selaku rakan kerjasama kami serta kerjasama yang erat dan juga kepercayaan antara TCIE and UD Trucks, UD Trucks telah berjaya memperkenalkan trak-trak inovatif yang diperlukan oleh dunia pada hari ini dan pada masa yang sama membangunkan jenama kami di Malaysia.

“TCIE dilihat terus mengembangkan keupayaannya secara signifikan dan meningkatkan tawaran servis kepada pelanggan. Fokus kami adalah untuk menawarkan pengalaman pemilik trak yang komprehensif dan memuaskan kepada semua pelanggan. Kami bangga untuk menyatakan bahawa TCIE ialah rakan pengedar tunggal kami di Malaysia,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment