Tunai janji manifesto apabila kewangan bertambah baik

Sunday, September 16, 2018

Tunai janji manifesto apabila kewangan bertambah baik


LIM GUAN ENG

Menteri Kewa­ngan, Lim Guan Eng berkata, kepe­mimpinan kerajaan PH juga akan berusaha memulihkan kedudukan politik Sabah dan Sarawak.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP mendakwa, kedua-dua negeri di Kepulauan Borneo itu menjadi lebih baik di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan dan negeri di bawah PH, selepas rasionalisasi ekonomi dilaksanakan.

“Kerajaan PH akan mengembalikan semula kedudukan kedua-dua nege­ri tersebut sebagai satu dari tiga wilayah yang membentuk Malaysia dalam Perlembaga­an Persekutuan.

“Janji-janji ber­kenaan hak ekonomi dan sosial rakyat Sabah dan Sarawak tidak akan dilupakan kerajaan PH sebaik sahaja keadaan ekonomi kerajaan Persekutuan pulih,” katanya dalam kenya­taan perutusan Hari Malaysia 2018, di sini hari ini.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu, negara akan mengalami kerugian amat besar jika melaksanakan janji-janji dalam manifesto PRU-14, justeru kajian semula perlu dilaksanakan.



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment