Tun M lawat Thailand hujung bulan depan

Tuesday, September 25, 2018

Tun M lawat Thailand hujung bulan depan

Tun M lawat Thailand hujung bulan depan

BANGKOK â€" THAILAND. Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad akan melawat  Thailand pada hujung bulan hadapan, demikian diumumkan rakan sejawatannya Jen Prayut Chan-o-cha hari ini.

Lawatan tersebut memberi peluang kepada dua jiran itu untuk membincangkan selanjutnya isu-isu  berkaitan rundingan damai Thai selatan, ketika Kuala Lumpur menjadi fasilitatornya.

"Kerajaan Malaysia menegaskan bahawa rundingan (damai) ini masih diteruskan. Perdana Menteri  baharu Malaysia juga mahukan misi Malaysia selaku fasilitator mencapai kejayaan sebanyak mungkin,” kata Prayut kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Rumah Kerajaan di sini.

Dr Mahathir katanya, pada mulanya dijadual melawat Thailand awal Oktober tetapi terpaksa  menjadualkan semula lawatan itu berikutan jadual kerjanya yang padat.

Prayut turut ditanya sama ada kerajaannya akan menukar anggota delegasi ke rundingan damai itu sejajar dengan pelantikan fasilitator baharu oleh kerajaan Malaysia.

Prayut berkata kerajaannya sedang mempertimbang soal melantik fasilitator baharu.

Malaysia di bawah kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) melantik bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor sebagai fasilitator baharu menggantikan Datuk Ahmad Zamzamin Hashim.   

Ahmad Zamzamin dilantik ke jawatan itu di bawah kerajaan terdahulu Barisan Nasional (BN).  

Dengan Malaysia sebagai fasilitator, delegasi dari kerajaan Thai dan MARA Patani (Majlis Syura Pattani), yang mewakili beberapa kumpulan di wilayah itu telah mengadakan rundingan beberapa kali di Kuala Lumpur.

Pertikaian bersenjata di selatan Thai sejak 2004 telah mengorbankan lebih 6,500 nyawa, menurut  organisasi bukan kerajaan Deep South Watch (DSW) yang memantau pertikaian itu. -Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment